Thursday, March 26, 2009

chapter 8 .. MIFA 2008

huhu.. lamanye ta update blog ni. dah bersawang dah. huhu.. rasa-rasanye W's last update was Mifa 2008 backstage kan? so just to end up the story, here is the video of the runway..thanks to Zul.

Presenting, Hazwani Osman for MiFA 2008





sorry for the low quality video..digital cam jer. huhu..

xoxo
W

chapter 7 ..Fiesta Fesyen Kuala Lumpur

Fiesta Fesyen Kuala Lumpur

Oleh Shaidah Shafie


FADZLENA (duduk tengah) bersama pereka muda yang bakal mempamerkan hasil rekaan mereka pada FFKL April ini.

10 pereka bakal pamerkan kreativiti hasilkan rekaan berasaskan kain tenun

FABRIK tenun seperti songket mempunyai nilai yang cukup tinggi dalam masyarakat Malaysia. Sejak dulu ia dipakai golongan bangsawan, dan bersesuaian dengan kedudukannya itu, hari ini hanya bakal raja sehari yang menggayakannya. Namun, kebelakangan ini, bakal mempelai lebih gemar memilih fabrik moden seperti renda Perancis untuk dijadikan busana pada hari bahagia.

Bagi membantu pengusaha tenun yang berjuang mengekalkan warisan bangsa itu, Berita Harian menganjurkan Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) dengan tema Sentuhan Tenunan. Seramai 10 pereka berbakat bakal bergabung tenaga menghasilkan rekaan dengan mengetengahkan fabrik tenun sebagai sebahagian daripada elemen dalam rekaan mereka pada acara yang akan berlangsung di pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, pada 6 dan 7 April ini, sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.


Pereka terpilih, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Hazwani Osman, Shegar, Calvin Thoo, Amir Luqman, Aidawati Saidin, Nazreen Idris, Nik Erwan Roseli dan Zery Zamry diumumkan Pengarang Unit Wanita, Berita Harian, Fadzlena Jafar, pada satu majlis di Balai Berita, baru-baru ini.


Fadzlena berkata, FFKL julung kali diadakan sempena ABPBH 2008 dengan matlamat mengangkat martabat fabrik tenun yang bakal digarap dalam rekaan kontemporari.

“ABPBH cukup sinonim sebagai acara berprestij yang mengiktiraf penggiat seni hiburan dan bersesuaian dengan tema tahun ini, Sentuhan Tenunan, kami berharap ia dapat dijadikan landasan bagi mengangkat martabat industri fesyen tempatan ke persada antarabangsa. Kami melihat selebriti boleh dijadikan duta bagi memperkenalkan negara menerusi penampilan mereka yang sering menjadi perhatian umum.

PEREKA fesyen yang bakal mempamerkan kreativiti pada FFKL.

“Justeru, menerusi FFKL kita berharap rekaan yang akan mengetengahkan fabrik tenun seperti songket sebagai sebahagian daripada elemen secara tidak langsung dapat mengangkat fabrik berkenaan dan pada masa sama memperkenalkan rekaan beridentitikan Malaysia dengan sentuhan kontemporari,” katanya.

Selain pertunjukan fesyen untuk umum yang diadakan di One Utama, FFKL turut mengadakan pertunjukan khusus untuk tetamu jemputan di Hotel One Utama pada 6 April ini.

Fadzlena berkata, selaras tujuan memartabatkan fabrik tenun di samping memeriahkan industri fesyen tanah air, FFKL juga bertindak mengetengahkan individu penting, iaitu penenun yang lazimnya bekerja di belakang tabir.

“Kalau negara lain boleh berbangga dengan fabrik yang menjadi tanda pengenalan kepada tanah air mereka, kita juga mempunyai kain tenun yang boleh diwarisi kerana keunikan pembuatannya dan ketelitian yang diperlukan menyebabkan ia begitu tinggi nilainya.

“Justeru, sebagai penghormatan kepada penenun yang sentiasa tampil dengan idea kreatif dalam melahirkan hasil tenunan, kita berharap acara ini dapat meningkatkan penggunaan songket dalam rekaan busana yang lebih praktikal dan mampu memperkenalkan identiti rekaan tempatan,” katanya.

Selain menggunakan fabrik tenun dalam setiap helaian busana yang dihasilkan, pereka juga menggunakan satin, deutches, sifon, sutera dan renda Peranchis yang ditaja saudagar tekstil terkemuka, Gulatis dan Euro Moda.

FFKL yang julung kali diadakan itu dijangka memeriahkan lagi industri fesyen tanah air selaras dengan pengukuhan membawa fesyen Malaysia ke persada dunia serta memartabatkan fabrik tenun ke arah yang lebih global.

Bagi memastikan rekaan yang dihasilkan menepati kehendak penganjur, setiap hasil lakaran pereka akan diselia pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan penasihat gaya, Faizal Hamid.

Fadzlena berkata, acara itu juga boleh dianggap sebagai landasan kepada pereka muda memperkembangkan daya kreativiti mereka bermain dengan fabrik mewah dan bermutu iaitu yang dihasilkan daripada tenunan.

dijangka memeriahkan lagi industri fesyen tanah air selaras dengan pengukuhan membawa fesyen Malaysia ke persada dunia serta memartabatkan fabrik tenun ke arah yang lebih global.

“Selain diadakan untuk memperhebatkan ABPBH, FFKL juga boleh dianggap sebagai landasan kepada pereka muda memperkembangkan daya kreativiti mereka bermain dengan fabrik mewah dan bermutu yang dihasilkan daripada tenunan.

“Walaupun dianggap mewah, fabrik tenun tetap menjadi milik semua individu dan adalah menjadi kesungguhan kami untuk memperkuatkan lagi kehadiran fabrik tenun terutama songket di mata dunia,” katanya sejurus majlis berkenaan selesai.

FFKL tidak sekadar pertunjukan fesyen biasa kerana apa yang dipaparkan ialah pengisian kepada fesyen yang saling berhubung kait antara penenun, pereka dan penggiat. Ia juga secara tidak langsung membawa kesinambungan kepada khazanah fabrik yang dimiliki negara, yang selama ini dipandang sebagai fabrik mewah saja menyebabkan tidak ramai yang berani menerokai keistimewaannya.

Lazim didengar pereka membuat kenyataan bahawa mereka mendapat ilham daripada potongan gaya A atau sebagainya yang diperkenalkan pereka luar, sedangkan negara kita mempunyai khazanah fesyen yang pelbagai sifatnya.

Potongan baju kurung Johor, kebaya sendat atau baju cekak musang tidak kurang hebat penataannya dan akan menjadi lebih unggul andai diberi nafas baru oleh pereka yang kaya idea dan berani mengetengahkan kreativiti melalui perincian songket.

Bagi menjayakan FFKL, semua pereka dikehendaki menyediakan lima busana dan memasukkan fabrik tenun berkenaan ke dalam setiap rekaan mereka. Kerjasama turut diadakan dengan penenun dari Pahang dan Terengganu, antaranya Wan Manang Songket, Bibah Songket, Sri Gamelan Songket, Zaidah Songket, Atikah Songket TTDI dan Nur Atikah Songket.

Melalui pelbagai jenis fabrik yang disediakan itu, diharap pereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada bagi memajukan diri mereka sekali gus mengangkat martabat fabrik tenun yang wajar diketengahkan memandangkan mutu dan keunikan fabrik berkenaan.

Antara penaja bagi FFKL ialah Secrets, Euro Moda, Hotel One World dan Fruitale.

Sementara itu, ABPBH 2008 yang juga siri ke-22 sejak diperkenalkan pada 1987 dianjurkan oleh Berita Harian Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) sebagai pengurus acara, selain TV3 (Stesen TV Rasmi) dan Hot FM (Stesen Radio Rasmi).